Pages

20 Mei 2015

Keputusan Peperiksaan Sah Jawatan!

Assalamualaikum,

Setelah 3 bulan menanti, akhirnya semalam 19/5/2015 keluar juga keputusan. Kalau kerja gomen ni belum tentu kita terus sah jawatan bila masuk kerja. Diberi tempoh satu hingga tiga tahun untuk sah jawatan dengan mengambil peperiksaan dan menjalani kursus Program Transformasi Minda.

Keputusan Oshin ? Seperti yang dijangka, satu LULUS dan satu KANDAS. Hehehe. Kenapa macam tak kisah? Sebab masa Oshin ambil peperiksaan ni bulan 2 dulu, Oshin baru kerja 2 bulan jadi apalah sangat pengalaman dan pengetahuan yang Oshin ada kan. Memang boleh refer buku tapi kalau tak faham, tak membantu jugak. Betul tak?

InsyaAllah bulan 10 nanti akan ambil semula peperiksaan yang kandas tu. Kali ni ada la ilmu yang Oshin dah belajar dari senior ofis dan minggu depan Oshin akan pergi kursus wajib tu. Jadi mungkin akan menambahkan lagi ilmu yang sedia ada. Tak sabar!

Kalau dapat lulus sekaligus tahun ni, alhamdulillah. Semoga dipermudahkan semuanya. Amin.

1 ulasan:

aksarafendi berkata...

semoga sukses..btol tu, nak harap pada buku saje mmg tak cukup sbb bahasa buku tu pun kdg2 mmeningkan kpala..haha..