12 November 2017

2 minggu 4kg

Assalamualaikum,

Pagi ni Oshin pergi check up macam biasa. Pertama kali datang check up, klinik penuh dengan kereta. Selalunya kereta nurse je yang ada. Tapi bila masuk klinik tak lah ramai mana. So far memang puas hati dengan perkhidmatan klinik Sedenak ni. Servis memang tip top, pantas dan membuatkan kita rasa rilek & tenang je. Nurse semua baik dan friendly.

Kali ni Oshin tak perlu cek HB. Cuma cek air kencing, berat, tekanan darah, degupan jantung baby dan pemeriksaan fizikal. Ikut kiraan sekarang ni Oshin dah 35 minggu 5 hari. Dup dap dah jantung ni nak tunggu cukup masa lagi beberapa hari. Paling mengejutkan dalam masa dua minggu berat Oshin naik 4kg. Huhu. Sebelum ni tak pernah naik sebanyak ni.

Tapi nurse takde pula komen apa-apa. Mungkin disebabkan Oshin tak ada masalah sangat kehamilan ni. Kaki pun dah mula membengkak. Orang-orang tua kata bila dah bengkak ni tanda makin dekat nak bersalin. Jadi Oshin kena standby je lah sekarang ni.

6 November 2017

Holiday Langkawi - 8 Minggu

Assalamualaikum,

Dah lama sebenarnya percutian Oshin ni. Hehe. Biasalah mood nak mengarang selalu turn off. Haha. Entah ke mana agaknya feel tu pergi. Kalau tak silap Oshin pergi bercuti ni bulan April lalu. Masa ni kandungan Oshin baru masuk 8 minggu.

Percutian ni di bawah kelolaan ofis ayah Oshin (kini dah jadi tempat Oshin bekerja). Setiap seorang hanya bermodalkan RM100.00 dan selebihnya ditanggung kelab sukan ofis. Murah sangat kan. Syukur rezeki kami dapat sertai sekali rombongan ni. Kalau dah namanya rombongan pastilah ramai orang-orang lama. Tapi mestilah group yang happening dan boleh layan.



Bertolak dari Johor lebih kurang jam 9.00 malam dengan menaiki bas. Sekarang ni seronoklah pergi bercuti dah ada yang teman. Hehe. Oshin prepare awal apa-apa yang patut memandangkan kandungan masih peringkat awal. Bantal, ubat-ubat dari klinik, makanan, minuman. Terima kasih untuk encik suami yang sangat prihatin kat isteri comel dia ni. Hehe.

Jangan tak percaya walaupun kandungan 8 minggu Oshin boleh naik bot tengok helang tau. Sebelum naik tu Oshin dah tanya dulu pada pemandu bot, ada effect tak kalau nak naik. Pemandu pesan duduk bahagian belakang sebab hentakan tak berapa kuat berbanding duduk depan bot. Agak-agak ada lambungan atau hentakan Oshin akan bangun sikit dari tempat duduk untuk kurangkan rasa hentakan tu. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.



Lepas ni dah boleh pergi bercuti bawak baby pulak. Tak sabar nak rasa pengalaman bercuti dengan baby. Haha. Mesti korang yang ada pengalaman boleh kongsikan. Meh share dengan Oshin seronok ke tidak bercuti dengan anak-anak?

31 Oktober 2017

33 Minggu

Assalamualaikum,

Ikutkan scan awal baby Oshin baru berusia 33 minggu dalam kandungan. Tapi kalau ikut kiraan normal dalam 35 minggu. Jadi Oshin ada dua tarikh due date. Pening nak ikut yang mana satu. Hehe. Baru-baru ni pada 15/10/17, Oshin ada check up biasa di klinik Sedenak. Entry sebelum ni Oshin ada bagitau kena minum air gula kali kedua kan. Kalau korang nak tau, beberapa hari sebelum check up tu, nurse dari klinik call bagitau Oshin kena minum balik air gula.

Image result for air gula mengandung
Sumber: Google
Terkedu kejap bila dengar. Minum air gula bermakna kena cucuk lagi untuk ambil darah. Jenis urat nak dicari susah pulak tu. Kali pertama cucuk kena 4 kali, kedua kali cucuk dapatlah 3 kali cucuk jarum. Seram mak tapi demi baby tercinta kugagahkan jua. Kalau nak tau kuantiti air gula Oshin penuh lagi dari gambar atas tu tau. Kira penuh sampai boleh tumpah kalau pegang tak betul. Huhu.

Image result for cucuk kancing gigi ibu mengandung
Sumber: Google
Check up kali ni Oshin diberikan suntikan kancing gigi kali kedua. Kiranya 3 dalam 1 servis Oshin dapat. Huahuahua. Dah alang-alang banyak sangat nak bagi memang Oshin ambil cuti teruslah. Walaupun dengar pengalaman kawan-kawan suntikan ni effect dia boleh menyebabkan lenguh sana-sini, alhamdulillah Oshin tak rasa apa-apa cuma tahap kelaparan yang tinggi. Hahaha. Dah makan pun still rasa lapar lagi. Suami pun dah geleng kepala je melayan perut isteri.

Dah siap ambil darah, minum air gula, suntik kancing gigi, Oshin dan suami terus ke klinik Bukit Liki, Kulai untuk hantar sendiri sampel darah ke makmal. Lepas tu memang melantaklah makan macam-macam. Ajak suami jalan-jalan. Petang-petang duduk bersantai kat tepi laut depan Hospital Sultanah Aminah, JB. Rasa romantik je kan. Hehe.

Oshin memang pastikan sepanjang kehamilan ni nak spend time sebanyak mungkin masa berdua dengan suami bila dia free. Walaupun kadang dia bebel asyik berjalan je, Oshin tak amik kisah janji dapat berdua dengan dia. Hehe. Duduk serumah dengan mertua dan ipar-duai, ini je lah cara yang Oshin boleh buat untuk kami.